Posts

Showing posts from September, 2018

Jangan Beli Supplement Untuk Tambah Ketinggian!

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah entri kali ini adalah entri ke 28 admin. Admin harap setiap apa yang admin kongsikan mampu mendatangkan manfaat kepada setiap pembaca.  Ubat Tinggi  Admin rasa, pasti ada dikalangan pembaca yang pernah terbaca tentang promosi, ada niat untuk membeli atau sedang menggunakan supplement ubat tinggi yang kononnya boleh menambahkan ketinggian seseorang. Sangat menyedihkan apabila admin terpaksa cakap bahawa dari segi saintifik badan kita akan berhenti meninggi apabila kita mencapai umur 14 - 15 tahun bagi prempuan (Jika akil baligh datang cepat, makin cepat pertumbuhan terhenti) & 16 - 17 tahun pula bagi lelaki sebab pada range umur ini growth plate pada tulang akan meletup.  Kita tidak akan meninggi dengan cara apa sekalipun. Biar pendek asalkan kita sihat ya pembaca-pembaca. Sekian untuk entri kali ini. 

Intermittent Fasting

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini admin ingin berkongsi mengenai  Intermittent Fasting atau lebih dikenali sebagai IF. IF ini adalah sejenis diet dimana anda akan makan selama 8 jam dan berpuasa selama 16 jam. IF sangat bagus kerana: 01. Tiada sekatan kepada jenis makanan yang anda boleh makan. Tapi janganlah pula anda "melahap" bagai nak rak dalam tempoh masa 8jam itu. Baca balik apa yang admin pesan kat entri sebelum ni.  02. Masa sangat fleksibel dimana anda boleh tetapkan mengikut jadual harian anda. Sebagai contoh, hari jumaat anda mula makan dari 8 pagi hingga hingga 4 petang dan hari sabtu anda ada plan untuk enjoy, jadi anda boleh adjust masa makan dari jam 12 tengahari hingga 8 malam.  03. Baki 16 jam yang ada anda boleh minum air kosong, kopi O atau teh O.  Kesimpulan yang admin nak sampaikan kat sini adalah anda semua tidak perlu membazir duit dengan membeli detox, fat burner dan lain-lain lagi. Amalkan saja diet IF keran

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Admin harap pembaca-pembaca masih menyokong penulisan admin. Entri kali ini admin akan tulis secara ringkas tetapi padat. Tanpa berlengah, mari kita teruskan pembacaan. Untuk pengetahuan pembaca-pembaca. Admin sendiri gemar Coke Zero & Pepsi Zero tapi admin tetap hadkan penggunaannya keatas diri sendiri walaupun ia Zero Sugar . Admin hanya minum jika admin teringin nak minum manis-manis. Maklumlah dalam berdiet kena kurangkan gula. Sudah semestinya sampai suatu masa keinginan untuk minum-minuman manis tu akan sampai juga.  Berbalik kepada tajuk entri diatas, admin menghadkan penggunaan Coke Zero & Pepsi Zero adalah atas sebab ia tetap tidak bagus untuk kesihatan. Perkara ini disokong oleh sebuah kajian yang menunjukkan penggunaan pemanis tiruan mampu meningkatkan risiko kencing manis berbanding gula.  Ya.. Jika kita baca nutrition fact yang ada pada kedua-dua jenis minuman ini memang menunjukkan zero calorie . Penjelasann

Hormon Testosteron Dan Kepentingannya (Episod 3) (Episod Akhir)

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Maka tibalah episod akhir bagi entri testosteron. Admin harap pembaca-pembaca jelas tentang testosteron dengan berpandukan entri sebelum ini.  Testosteron Berdasarkan entri admin mengenai testosteron sebelum ni, admin yakin ada dikalangan pembaca yang ingin boost testosteron mereka sama ada secara natural atau secara pengambilan supplement dengan cara suntikan mahupun pil. Tapi persoalan disini, perlukah anda ambil supplement untuk boost testosteron level anda? Anda cuba tanya semula diri anda adakah nafsu anda "padu", alat sulit boleh senang berdiri tegak, tidak cepat penat, bertenaga ketika workout dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Jika ciri-ciri ini terdapat pada anda, admin sarankan tidak perlu ambil extra testosteron . Jika anda masih sangsi, anda juga boleh check level testosteron anda di klinik dan ikut apa nasihat doktor anda.  Tambah Testosteron Secara Natural 01. Jika kita sentuh dari segi

Hormon Testosteron Dan Kepentingannya (Episod 2)

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca-pembaca. Seperti yang admin janjikan, entri kali ini adalah sambungan daripada entri "Hormon Testosteron Dan Kepentingannya (Episod 1)". Tanpa berlengah, mari kita teruskan pembacaan. Testosteron Banyak kesan buruk yang akan berlaku jika perut anda "boroi" selain daripada boleh menyebabkan hypertension , diabetes, serangan jantung dan pelbagai penyakit lain. Apa yang akan jadi jika terdapat lemak yang berlebihan di perut adalah ia akan menghasilkan sejenis enzyme bersama aromatase yang akan menukar hormon testosteron kepada estrogen. Estrogen Estrogen adalah hormon utama bagi kaum wanita dimana jika anda lihat seseorang lelaki yang berperut boroi ia biasanya didatangi dengan pakej sepasang buah dada yang biasanya dipanggil "man boobs". Apabila level estrogen meninggi, masalah seperti ketidaksuburan, kurang bernafsu dan yang paling sedih boleh menyebabkan mati pucuk boleh berlaku.  Apa

Hormon Testosteron Dan Kepentingannya (Episod 1)

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Entri kali ni admin tujukan khas untuk lelaki tapi ia tetap boleh digunapakai sebagai rujukan kepada teman wanita/isteri yang ambil berat kepada pasangan mereka. Tapi memandangkan admin banyak komitmen hari ni, entri kali ini admin akan pecahkan kepada 3 episod. Testosteron Testosteron adalah sejenis hormon atau hormon jantan seorang lelaki. Level hormon ini paling tinggi adalah apabila seseorang lelaki berada pada pertengahan 20-an dan ia akan mula menurun pada lelaki yang berumur 30 tahun keatas. Apabila seseorang lelaki telah mencecah umur 40, hormon ini akan jatuh sebanyak 2% setiap tahun. Akan tetapi, ia tidak bermaksud semua orang yang berumur 25 tahun akan banyak testosteron. Ia tetap bergantung kepada badan masing-masing. Salah satu tanda seseorang lelaki mempunyai hormon testosteron yang banyak adalah alat sulit lelaki tersebut akan menegang setiap kali bangun tidur pada waktu pagi. Anda juga boleh check sendiri sama a

Beza Cheat Day dan Cheat Meal

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa khabar pembaca-pembaca? Adakah sedang berdiet atau baru lepas makan sedap-sedap? hehe Entri kali ini admin nak bercerita tentang Cheat Day dan Cheat Meal. Cheat day lazimnya ramai orang tahu bahawa kita akan cheat 1 hari selepas berdiet 6 hari. Namun, ada 1 terma lagi iaitu ''Cheat Meal''. Apa beza cheat day dan cheat meal? mari teruskan membaca.  Admin pernah terbaca 1 artikel yang mengatakan cheat day tidak digalakkan, sebaliknya fokus kepada cheat meal sahaja. Apa yang menarik dengan cheat meal adalah anda boleh cheat meal hampir setiap hari. Jadi, tak adalah sampai nak kena tunggu hujung minggu untuk makan sedap-sedap kan.  Cheat day adalah 1 hari yang telah ditetapkan oleh anda dimana hari tersebut sebagai lesen kepada anda untuk makan apa sahaja. Manakala cheat meal pula adalah anda boleh makan 1 meal sahaja setiap 3 atau 4 hari sekali. Sebagai contoh, diet anda bermula pada hari isnin. Anda makan KFC untuk

Maklumat Nutrisi (Nutrition Fact)

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Admin harap pembaca-pembaca dalam keadaan sihat. Atas permintaan pembaca, harini admin nak tulis entri berkenaan Maklumat Nutrisi . Namun agak mustahil sekiranya admin ingin masukkan semua maklumat makanan didalam entri ini atas sebab terlalu banyak makanan yang ada. Oleh yang demikian, admin cuma akan masukkan antara 20 makanan sihat yang perlu kita makan sahaja. Selebihnya, pembaca boleh rujuk sendiri di Google atau dengan membaca maklumat Nutrisi yang kebiasaannya ada pada bungkusan makanan. Maklumat Nutrisi 01. Nasi Putih (100g) Kalori: 151 Lemak: 0.3g Karbohidrat: 34g Protein: 3.2g *Maklumat nutrisi bergantung kepada jenis beras yang anda guna 02. Beras Perang (100g) Kalori: 111 Lemak: 0.9g Karbohidrat: 23g Protein: 2.6g *Maklumat nutrisi bergantung kepada jenis beras yang anda guna 03. Dada Ayam (100g) Kalori: 165 Fat: 3.6g Karbohidrat: 0 Protein: 31g 04. Ikan Tuna (100g) Kalori: 184 Lemak: 6g Karbohidra

Saya Tidak Mahu Diet Tapi Saya Nak Kurus. Baca tips ini!

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Entri kali ini adalah entri ke 20 admin. Admin harap pembaca-pembaca mempraktikkan apa yang admin tulis tentang kesihatan. Tanpa berlengah, mari kita teruskan tentang perkara yang berkait rapat tentang tajuk di entri ini. Diet Diet adalah bermaksud pemakanan meskipun kita bukan berada dalam apa-apa diet. Apa yang kita makan seharian sebenarnya itu lah yang dipanggil "diet". Cantik diet cantik badan, buruk diet maka buruk lah juga badan. Adakah "Saya Tidak Mahu Diet Tapi Saya Nak Kurus" suatu sasaran yang logik? Diet adalah jaga makan. Ada juga yang cakap diet tidak perlu makan. Dalam konteks jaga makan, ada juga yang berpendapat bahawa perlu makan dada ayam sahaja, elakkan makanan bergoreng, banyakkan makan makanan berebus dan bermacam-macam lagi. Ya perkara ini adalah betul. Akan tetapi, admin dapati ramai yang dah gunakan cara diet begini. Sudahnya mereka menemui kegagalan. Sebab apa? sebab mereka tidak bol

Adakah Anda Memerlukan Steroid Dalam Bina Badan?

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Entri kali ni admin tulis khas untuk mereka-mereka yang tiada kesabaran atau ingin menggunakan jalan singkat dalam proses bina badan. Apa yang admin lihat, penggunaan steroid seakan menjadi trend dalam dunia bina badan terutamanya bagi golongan yang baru masuk ke gym.  Admin tidak nafikan tentang steroid memang berkesan dalam proses bina badan. Tambahan jika pengetahuan anda tinggi tentang pemakanan dan latihan, memang boleh jadi champion . Apa yang admin maksudkan dengan " champion " disini adalah jika anda masuk pertandingan dan anda juara. Itu baru boleh dedifinisikan sebagai " champion ". Jika anda ada perancangan untuk menggunakan steroid atau sedang menggunakan steroid , tanya semula diri anda adakah anda bina badan sekadar kepuasan diri? atau adakah sebab lain yang lebih penting dan boleh mendatangkan faedah kepada diri anda? Seseorang yang professional akan beritahu anda steroid bukanlah untuk kegunaa

Short Film: Jom Sihat - Anda Sihat Anda Ceria

Image

Apa Yang Anda Patut Lakukan Jika Ingin Lebih "Shredded"

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Seperti biasa, info kesihatan tidak akan lekang dari entri admin. Kali ini admin ingin berkongsi bagaimana cara nak dapat kan bentuk badan yang s hredded . Mungkin ada dikalangan pembaca tidak faham apa yang admin maksudkan. Berikut admin kongsi gambar agar lebih mudah difahami oleh pembaca-pembaca sekalian: Tidak Shredded Shredded Pembaca-pembaca pasti dapat melihat perbezaan kan? Walaupun gambar pertama tetap nampak "sado", tapi sebenarnya body fat masih banyak dibadan sebab tu muscle dia tidak begitu jelas kelihatan kerana sebahagian muscle masih dilindungi oleh lemak. Manakala muscle sangat jelas kelihatan bagi gambar kedua kerana badan memiliki body fat yang rendah.  Jadi apa yang pembaca-pembaca patut lakukan untuk kelihatan lebih shredded ? mari kita teruskan membaca.  Jika anda sekarang dalam proses bulking dan anda rasa sudah cukup size untuk cutting . Anda perlu lakukan terus proses cutti

Diet Yang Berkesan

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca-pembaca. Baru-baru ni admin ada buat presentation dalam kelas mengenai kesihatan. Masa present tu, admin ada terangkan kat dalam kelas mengenai jenis-jenis diet. Maka, idea admin telah datang untuk tulis entri hari ini yang berkisar tentang diet yang berkesan. Tanpa berlengah, mari kita teruskan pembacaan. Diet ada bermacam-macam jenis dan pelbagai cara. Antara diet-diet yang popular adalah Atkins , Zone, Keto & Ornish . Pada pendapat admin, semua diet ini berkesan. Akan tetapi jika mental dan fizikal anda kurang kuat, berkemungkinan besar diet-diet ni akan jadi dalam jangka pendek sahaja atau erti kata lain adalah anda menemui kegagalan. Untuk pengetahuan pembaca-pembaca, diet-diet seperti ini sangat mengongkong kehidupan seharian & terlalu banyak pantang larang. Bukankah perkara seperti ini mampu membuat kita gagal dalam meneruskan diet. Kalau boleh, kita janganlah berdiet sampai menyusahkan diri. Kesudahannya diet kita

Proses "cutting" perlu light weight atau tidak?

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Harini admin nak merungkai satu isu yang boleh dikata "top" dalam dunia bina badan. Ramai orang berpendapat bahawa proses cutting kita perlu main light weight (berat ringan) dan banyak reps . Tapi bagi admin tidak. Kenapa admin kata tidak? mari kita teruskan pembacaan.  Pertama sekali suka admin jelaskan disini bahawa proses cutting adalah bertujuan untuk membuang lemak sebanyak yang boleh dan kekalkan muscle sebanyak yang mungkin. Untuk pengetahuan pembaca, bila kita selalu main light weight , strenght akan hilang. Kenapa strengh hilang? sebab strenght = muscle . Badan kita tak akan simpan muscle banyak jika kita tak main berat-berat kerana badan kita sangat pandai dan ia berpendapat tak ada sebab untuk dia simpan muscle banyak-banyak kalau kita tak angkat berat. Kesudahannya, muscle kita akan mengecut. Apabila kita loss muscle automatik kita akan loss strenght . Simple kan? Yer. Main high reps memang kita akan

Tips sebelum memulakan senaman

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Sedar tak sedar entri kali ni adalah entri admin yang ke 14. Bagus juga ada akaun blospot ni kerana secara tak langsung admin boleh tajamkan ilmu kesihatan yang admin ada setiap kali berkongsi pengetahuan admin didalam blog. Tajuk entri kali ni adalah perkara yang berkait dengan tajuk diatas. Bagi admin tips ini sangat penting tak kira orang baru atau orang yang sudah biasa bersenam kerana ia menentukan performance kita semasa bersenam. Pemakanan Pemakanan adalah satu sumber yang sangat berkait dengan tenaga kita. Kita nak lakukan apa-apa memang kita perlukan tenaga. Jika anda ingin lakukan cardio atau senaman pembakar lemak, makanan yang berkorbohidrat adalah tidak sesuai diambil sebelum workout. Akan tetapi jika anda hendak melakukan senaman bebanan atau High Intensity Interval (HIIT) maka sangat perlu anda mengambil pemakanan berkarbohidrat beberapa jam sebelum atau paling lewat 30 minit sebelum workout. Makanan berkarbohidrat

Jom Kenal Music Softwares!

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Memandangkan admin seorang pemuzik, maka entri kali ni admin nak share software yang admin selalu guna.  01: Rekordbox  02. Logic Pro  03. Mixed in Key  04. Mashup 05. Traktor Software-software ni macam-macam fungsi ada. Antara fungsi-fungsinya adalah produce lagu, edit lagu, sound mastering , analyse chords  lagu, mixing dan macam-macam lagi. Ada yang complicated dan ada yang tak. Tapi dah minat punya pasal, benda susah pun boleh jadi senang.  Sekian untuk entri kali ini.

Telur

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Memandangkan telur adalah makanan paling popular untuk orang berdiet tak kira lelaki mahupun perempuan,  so admin akan berkongsi entri berkenaan tajuk diatas. Telur Soalan yang selalu orang tanya adalah "telur mentah, separuh masak atau masak penuh yang mana lebih bagus?"  Untuk pengetahuan anda, telur adalah solid protein yang paling cepat diserap dalam badan berbanding ayam, daging atau ikan.  Admin banyak kali dengar orang suruh makan telur mentah sebab kalau masak nanti akan rosak protein dia. Admin juga mengaku, sebelum ada pengetahuan mengenai makanan, admin sendiri pernah makan telur mentah suatu ketika dahulu. Sebenarnya telur mentah akan mendedahkan anda kepada keracunan makanan. Selain daripada itu, mengikut kajian kadar penyerapan protein dalam badan bagi telur mentah hanyalah 51% manakala telur yang dimasak pula adalah 91%.  Kuning telur Persoalan seterusnya "Ok tak makan kuning telur? &am

Makanan & Minuman Diet Admin

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Admin harap pembaca-pembaca semua dalam keadaan sihat. Entri kali ni admin nak cerita mengenai apa yang admin makan dari pagi sampai malam. Admin kalau pergi kerja atau kelas memang akan ada 1 beg khas untuk makanan sahaja hehe. berikut admin kongsikan apa yang admin makan: 01. Sarapan pagi (7:00am) - 100g Oat dimakan bersama protein powder yang dibancuh - 1 cawan green tea tanpa gula (1/2 uncang) 02. Snek pagi (10:00am) - 5 biji putih telur (Separuh masak) - 2 keping roti mil penuh (Dimakan bersama tuna/jem 0 sugar tanpa pemanis tiruan) - Air masak 03. Makan tengahari (01:00pm) - 100g nasi putih - 200g dada ayam (Marinade dan di- grill tanpa minyak) - 100g sayur brocolli (Steam) - Buah-buahan kecuali durian - Air masak 04. Snek petang (04:00pm) - 5 biji putih telur (Separuh masak) - 1 biji kuning telur (Separuh masak) - 2 keping roti mil penuh (Dimakan bersama tuna/jem 0  sugar  tanpa pemanis tiruan) - 1 cawa

GYM Contest

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.  Baru-baru ni GYM tempat admin workout ada buat contest untuk 6 months body transformation sempena ulang tahun ke 15 pembukaan GYM. Contest ni bermula 1 Januari 2018 dan berakhir pada 30 Jun 2018. Admin pun tak lepaskan peluang untuk masuk contest ni. Tak dinafikan memang koyak jugak otak admin layan diet yang ketat dan sebagainya untuk memastikan badan betul-betul di tingkat paling maksimum semasa contest berakhir nanti. Dah la sepanjang persediaan  contest  selama 6 bulan tu admin akan bertembung dengan bulan puasa dan raya. Bulan puasa admin tak ada masalah sangat untuk kuatkan mental dan fizikal untuk terus istiqomah dalam berdiet. Tapi masa raya tu yang menggusarkan admin sebab makanan semua sedap-sedap. haha So apa yang terjadi masa raya tu? Jom kita teruskan pembacaan... Masa raya tu sebenarnya... Alhamdulillah admin masih boleh control pemakanan admin walaupun banyak kali disajikan dengan makanan yang sedap-sedap. Admin mas

Cara-cara berhenti merokok

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Harini admin terdetik nak kongsi pengalaman admin berhenti merokok suatu ketika dahulu. Kalau tak silap admin pada tahun 2008/2009. Suka admin beritahu disini bahawa berhenti merokok ni adalah subjektif. Lain orang lain cara. Ada yang boleh berhenti dengan mudah, ada yang susah dan ramai yang tak boleh berhenti langsung. Sampai harini admin masih seakan tak percaya yang admin dah berhenti merokok lebih kurang 10 tahun. Masa tu admin memang betul-betul nekad dan tiada istilah "berhenti slow-slow". Ada 1 haritu admin mula merancang bila nak berhenti, cara & tindakan. Berikut admin kongsikan 2 perkara simple yang admin buat masa berhenti merokok: 01. Niat dari hati, bukan niat sekadar dibibir Benda yang sangat penting adalah niat dari hati. Kalau tak ada benda ni. Percayalah berhenti merokok tak akan terjadi. Kalau betul-betul kita dah nekad. Kawan bagi rokok free siap tolong bakarkan pun kita memang tak akan ad

10 Jenis Makanan Yang Mampu Membuat Anda Kenyang Tanpa Menggemukkan Anda

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa yang admin lihat ramai viewer blog admin gemar membaca penulisan admin yang berkenaan dengan kesihatan. Maka harini admin ingin berkongsi lagi penulisan tentang kesihatan. Harini admin nak becerita tentang 10 jenis makanan yang mengenyangkan. 01. Ikan Ikan-ikan seperti tuna, meckerel, salmon dan sardin mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi. Ia boleh mengurangkan kadar kolestrol dan mampu meningkatkan metabolisme badan. 02. Buah-buahan Buah-buahan seperti delima, lemon, limau, betik dan guava kaya dengan Vitamin C dan serat. Vitamin C dapat membantu badan memproses lemak dengan lebih cepat melalui rangsangan carnitine. 03. Sayur-sayuran Sayur terutamanya bayam, asparagus & brocolli mengandungi effect high-thermal terhadap badan anda disebalik mengandungi kalori yang rendah. Ini bermaksud sayuran hijau tidak mudah disimpan sebagai lemak. Ia juga membantu membakar lemak-lemak degil. 04. Popcorn H