Saya Tidak Mahu Diet Tapi Saya Nak Kurus. Baca tips ini!



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Entri kali ini adalah entri ke 20 admin. Admin harap pembaca-pembaca mempraktikkan apa yang admin tulis tentang kesihatan. Tanpa berlengah, mari kita teruskan tentang perkara yang berkait rapat tentang tajuk di entri ini.

Diet

Diet adalah bermaksud pemakanan meskipun kita bukan berada dalam apa-apa diet. Apa yang kita makan seharian sebenarnya itu lah yang dipanggil "diet". Cantik diet cantik badan, buruk diet maka buruk lah juga badan.

Adakah "Saya Tidak Mahu Diet Tapi Saya Nak Kurus" suatu sasaran yang logik? Diet adalah jaga makan. Ada juga yang cakap diet tidak perlu makan. Dalam konteks jaga makan, ada juga yang berpendapat bahawa perlu makan dada ayam sahaja, elakkan makanan bergoreng, banyakkan makan makanan berebus dan bermacam-macam lagi. Ya perkara ini adalah betul. Akan tetapi, admin dapati ramai yang dah gunakan cara diet begini. Sudahnya mereka menemui kegagalan. Sebab apa? sebab mereka tidak boleh tahan dengan makanan tak sedap dan macam-macam lagi. Golongan ini atau anda sendiri mahu kurus tanpa rutin diet yang menyeksakan. Adakah ini boleh anda laksanakan? Ya.. Jawapannya boleh!

Sebenarnya anda boleh makan apa saja yang anda mahu tidak kira sama ada anda mahu kurus atau besarkan badan. Apa yang penting disini adalah fahami dahulu perkara yang berkaitan dengan kalori harian. Selagi anda makan kalori kurang daripada keperluan berat badan, anda akan bakar lemak dan turun berat badan. Jika anda mahu membesarkan badan, anda perlu ambil lebih kalori. "Lebih" disini bukan bermaksud berlebihan. Jika terlalu berlebihan, penyakit pula yang anda akan dapat nanti. Simple dan mudah difahami kan? Admin harap entri kali ini membantu bagi mereka yang masih tercari-cari perkara yang berkaitan dengan tajuk diatas.

Sekian...

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Beza Cheat Day dan Cheat Meal