Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Admin harap pembaca-pembaca masih menyokong penulisan admin. Entri kali ini admin akan tulis secara ringkas tetapi padat. Tanpa berlengah, mari kita teruskan pembacaan.

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca. Admin sendiri gemar Coke Zero & Pepsi Zero tapi admin tetap hadkan penggunaannya keatas diri sendiri walaupun ia Zero Sugar. Admin hanya minum jika admin teringin nak minum manis-manis. Maklumlah dalam berdiet kena kurangkan gula. Sudah semestinya sampai suatu masa keinginan untuk minum-minuman manis tu akan sampai juga.  Berbalik kepada tajuk entri diatas, admin menghadkan penggunaan Coke Zero & Pepsi Zero adalah atas sebab ia tetap tidak bagus untuk kesihatan. Perkara ini disokong oleh sebuah kajian yang menunjukkan penggunaan pemanis tiruan mampu meningkatkan risiko kencing manis berbanding gula. 

Ya.. Jika kita baca nutrition fact yang ada pada kedua-dua jenis minuman ini memang menunjukkan zero calorie. Penjelasannya adalah kerana penggunaan pemanis tiruan akan mengubah tindak balas badan dengan glukos dan seterusnya boleh meningkatkan lagi risiko diabetes. Selain daripada itu, admin ingatkan pembaca-pembaca bahawa apa sahaja yang sugar free tetap tidak bagus untuk kesihatan anda jika diambil tanpa kawalan.  

Sekian untuk entri kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Beza Cheat Day dan Cheat Meal