Proses "cutting" perlu light weight atau tidak?



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Harini admin nak merungkai satu isu yang boleh dikata "top" dalam dunia bina badan. Ramai orang berpendapat bahawa proses cutting kita perlu main light weight (berat ringan) dan banyak reps. Tapi bagi admin tidak. Kenapa admin kata tidak? mari kita teruskan pembacaan. 

Pertama sekali suka admin jelaskan disini bahawa proses cutting adalah bertujuan untuk membuang lemak sebanyak yang boleh dan kekalkan muscle sebanyak yang mungkin. Untuk pengetahuan pembaca, bila kita selalu main light weight, strenght akan hilang. Kenapa strengh hilang? sebab strenght = muscle. Badan kita tak akan simpan muscle banyak jika kita tak main berat-berat kerana badan kita sangat pandai dan ia berpendapat tak ada sebab untuk dia simpan muscle banyak-banyak kalau kita tak angkat berat. Kesudahannya, muscle kita akan mengecut. Apabila kita loss muscle automatik kita akan loss strenght. Simple kan?

Yer. Main high reps memang kita akan rasa muscle kita panas terbakar. Tapi apa yang sebenarnya berlaku bukan muscle tu makin kuat dan lemak lebih banyak terbakar. Ia disebabkan oleh lactic acid buildup dalam muscle

Sebenarnya proses bulking & cutting adalah dikawal dengan kalori. Jadi, apa yang jelas disini jika pembaca-pembaca main light weight high reps, muscle akan mengecil melainkan badan pembaca-pembaca jenis anabolic. Tu lain cerita. Dari pengalaman admin, semasa cutting kita memang akan rasa kurang bertenaga. Ini adalah disebabkan oleh batasan kalori yang kita ambil. Tapi percayalah jika kita paksa juga untuk kekalkan kekuatan dan angkat berat dari masa ke semasa. Kekuatan kita akan dapat dan dikekalkan selagi muscle kita tidak mengecut. 

80% body fat kita akan dikawal dengan diet. Cuba dapatkan body fat bawah 10%. Bila body fat bawah 10% masa ni muscle pembaca-pembaca akan nampak lean. Masa ni 4 packs, 6 packs atau 8 packs automatik akan keluar walaupun pembaca-pembaca tak pernah buat latihan perut. 

Kekalkan diet, train hard & lift heavy 99% kemungkinan pembaca-pembaca akan berjaya. Pembaca-pembaca juga jangan berharap badan akan menjadi dalam sebulan atau 2 bulan. Ia akan ambil masa untuk perubahan. Admin sendiri dah 5 tahun bergiat dalam sukan ni tanpa henti. Bodybuilding is a marathon not a sprint. Kalau pembaca-pembaca tak boleh kekal dengan diet, workout atau cari jalan mudah dengan ambil steroid atau sebagainya, ini bermakna sukan bodybuilding bukanlah sukan yang sesuai untuk pembaca.

Sekian entri kali ini 

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Beza Cheat Day dan Cheat Meal