Tips sebelum memulakan senaman



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Sedar tak sedar entri kali ni adalah entri admin yang ke 14. Bagus juga ada akaun blospot ni kerana secara tak langsung admin boleh tajamkan ilmu kesihatan yang admin ada setiap kali berkongsi pengetahuan admin didalam blog.

Tajuk entri kali ni adalah perkara yang berkait dengan tajuk diatas. Bagi admin tips ini sangat penting tak kira orang baru atau orang yang sudah biasa bersenam kerana ia menentukan performance kita semasa bersenam.

Pemakanan

Pemakanan adalah satu sumber yang sangat berkait dengan tenaga kita. Kita nak lakukan apa-apa memang kita perlukan tenaga.

Jika anda ingin lakukan cardio atau senaman pembakar lemak, makanan yang berkorbohidrat adalah tidak sesuai diambil sebelum workout.

Akan tetapi jika anda hendak melakukan senaman bebanan atau High Intensity Interval (HIIT) maka sangat perlu anda mengambil pemakanan berkarbohidrat beberapa jam sebelum atau paling lewat 30 minit sebelum workout.

Makanan berkarbohidrat tinggi yang sesuai diambil sebelum workout adalah nasi dan oatmeal kerana makanan jenis ini lambat dihadam dan akan membekalkan tenaga.

Tidur

Seperti yang anda sedia maklum, badan kita sangat memerlukan tidur yang cukup untuk kembalikan tenaga dan keseimbangan tubuh badan. Tidur yang cukup juga amat penting untuk tumbesaran otot. Tidur yang cukup pada hari workout disini bermaksud adalah tidur sehari sebelum workout atau bahasa yang lebih mudah difahami adalah bermula pada malam sebelum hari senaman sehingga sebelum melakukan senaman.

Jika anda mendapat tidur yang cukup iaitu selama 6-8 jam, anda akan mempunyai tenaga maksima ketika anda melakukan senaman berat. Tidur yang cukup juga mampu memberi konsentrasi yang tinggi semasa anda bersenam. Konsentrasi yang tinggi adalah penting kerana ia akan menentukan sama ada senaman kita berkesan atau tidak. Tidur yang tidak mencukupi akan mengganggu senaman atau ketahanan badan.

Sekian untuk entri kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Beza Cheat Day dan Cheat Meal