Perbezaan Mass & Whey Protein
Jam menunjukkan pukul 1:30pm. Biasa waktu-waktu macamni admin akan short nap. Tapi harini admin rasa tak nak short nap. Admin nak terus menulis blog. Tanpa berlengah, mari kita sama-sama teruskan pembacaan yang berkait dengan tajuk diatas.
Sebenarnya, admin dapati masih ramai lagi yang keliru tentang penggunaan Mass & Whey Protein. Tidak kurang juga yang telah sedia maklum, tetapi terkejut bila admin cakap kedua-duanya boleh digunakan untuk proses bulking & cutting.
Mass Protein
Mass protein merupakan supplement yang mempunyai nilai kalori yang tinggi. Protein ini telah dipromosikan untuk menaikkan berat badan. Ia bertujuan untuk membantu mereka yang susah menaikkan berat badan. Jadi, kalori tinggi yang terdapat dalam mass protein akan membantu dalam menaikkan berat badan.
Whey Protein
Whey protein merupakan supplement yang mempunyai nilai kalori yang lebih rendah akan tetapi mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi. Perbezaan kandungan karbohidrat menyebabkan terjadinya perbezaan nilai kalori antara mass dan whey protein. Protein ini dicipta untuk mereka yang memerlukan protein yang lebih banyak dalam masa yang sama menghadkan kalori berlebihan daripada masuk kedalam badan. Whey biasanya diambil oleh mereka yang sedang dalam fasa cutting.
Bulking & Cutting
Jadi, bagaimana kita boleh guna mass dan whey dalam fasa bulking mahupun cutting? Sebenarnya persoalan ini adalah bergantung kepada sasaran dan cara pemakanan kita. Sebagai contoh, anda nak bulking tetapi tiada masalah untuk makan dengan banyak demi mencukupkan kalori, tetapi anda mempunyai masalah untuk mencukupkan protein. Maka dalam kes ini, anda perlu ambil whey protein sebagai makanan tambahan anda. Berlainan pula dengan kes jika anda dalam fasa cutting tetapi anda mempunyai masalah untuk mencukupkan kalori anda. Dalam kes ini, anda boleh gunakan mass protein sebagai makanan tambahan anda.
Kesimpulannya, pemahaman konsep kalori perlu difahami terlebih dahulu. Dengan pemahaman ini, kita akan faham dengan penggunaan kedua-dua protein tersebut.
Sekian dari admin...
WOWWWWWWWWWW
ReplyDeleteWow alex handsome komen blog i lah
Delete