Beza Cheat Day dan Cheat Meal



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa khabar pembaca-pembaca? Adakah sedang berdiet atau baru lepas makan sedap-sedap? hehe Entri kali ini admin nak bercerita tentang Cheat Day dan Cheat Meal. Cheat day lazimnya ramai orang tahu bahawa kita akan cheat 1 hari selepas berdiet 6 hari. Namun, ada 1 terma lagi iaitu ''Cheat Meal''. Apa beza cheat day dan cheat meal? mari teruskan membaca. 

Admin pernah terbaca 1 artikel yang mengatakan cheat day tidak digalakkan, sebaliknya fokus kepada cheat meal sahaja. Apa yang menarik dengan cheat meal adalah anda boleh cheat meal hampir setiap hari. Jadi, tak adalah sampai nak kena tunggu hujung minggu untuk makan sedap-sedap kan. 

Cheat day adalah 1 hari yang telah ditetapkan oleh anda dimana hari tersebut sebagai lesen kepada anda untuk makan apa sahaja. Manakala cheat meal pula adalah anda boleh makan 1 meal sahaja setiap 3 atau 4 hari sekali. Sebagai contoh, diet anda bermula pada hari isnin. Anda makan KFC untuk makan tengahari pada hari khamis. Ini adalah definisi cheat meal bagi admin. Tapi, hanya 1 meal sahaja tau! Sebenarnya kalau anda nak cheat meal selalu pun boleh. Cumanya anda tetap kena pantau kalori badan anda secara berterusan. 

Walaupun cheat day anda boleh makan apa sahaja dalam 1 hari, tapi ia tetap ada kekurangan kerana anda boleh rosakkan usaha anda yang telah berdiet selama 6 hari sebelum cheat day. Bagi cheat meal pula, anda masih berpeluang untuk mengawal diri kerana syarat lain cheat meal ialah anda masih perlu berdiet cuma anda dibenarkan 1 makanan sahaja yang tidak diklasifikasi sebagai makanan diet. Kiraan kalori juga perlu diambilkira meskipun sedang cheat meal. Ramai orang yang menyukai cheat day kerana mereka anggap mereka tidak perlu kira kalori kerana cheat day adalah hari mereka boleh makan apa sahaja. Itu adalah suatu kesilapan besar mereka!

Semasa cheat meal, anda tetap perlu kira kalori makanan cheat anda untuk memastikan keperluan anda pada hari itu dapat dicapai. Kandungan makronutrien memang akan berbeza, tapi apa yang penting kalori tetap perlu diutamakan!

Sekian untuk entri kali ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?