Telur
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Memandangkan telur adalah makanan paling popular untuk orang berdiet tak kira lelaki mahupun perempuan, so admin akan berkongsi entri berkenaan tajuk diatas.
Telur
Soalan yang selalu orang tanya adalah "telur mentah, separuh masak atau masak penuh yang mana lebih bagus?"
Untuk pengetahuan anda, telur adalah solid protein yang paling cepat diserap dalam badan berbanding ayam, daging atau ikan.
Admin banyak kali dengar orang suruh makan telur mentah sebab kalau masak nanti akan rosak protein dia. Admin juga mengaku, sebelum ada pengetahuan mengenai makanan, admin sendiri pernah makan telur mentah suatu ketika dahulu. Sebenarnya telur mentah akan mendedahkan anda kepada keracunan makanan. Selain daripada itu, mengikut kajian kadar penyerapan protein dalam badan bagi telur mentah hanyalah 51% manakala telur yang dimasak pula adalah 91%.
Kuning telur
Persoalan seterusnya "Ok tak makan kuning telur? & berapa banyak kita boleh makan?" Sebenarnya, kuning telur adalah bagus kerana ia mengandungi vitamin dan mineral yang tiada dalam putih telur. Tapi... yang tak bagusnya adalah kolestrol yang tinggi didalam kuning telur. Kuning telur terkandung 200mg kolestrol dan American Heart Association (AHA) mengatakan bahawa kita sepatutnya ambil kolestrol tidak melebihi 300mg sehari. Jadi, apa yang admin amalkan adalah jika admin makan 10 biji telur sehari, admin akan makan 1 kuning telur sahaja (Boleh rujuk entri admin sebelum entri ni) Ada orang cakap sayang kalau kuning telur kita buang. Sebenarnya, anda patut sayang diri anda terlebih dahulu sebelum anda sayang kuning telur yang anda buang.
Jumlah telur yang patut anda makan
Persoalan yang terakhir adalah "berapa biji telur boleh makan sehari?" admin ada seorang kawan GYM yang makan telur sepapan sehari. Mesti anda terkejut kan? Boleh ke makan sepapan sehari? Ok macamni, minimum protein yang diperlukan badan adalah 1g - 2g per kg berat badan.
Admin punya berat adalah 70kg. Putih telur ada 3.6g protein dan kuning telur ada 2.7g protein. Seperti yang admin cerita, limitkan kuning telur anda & anda sebenarnya boleh makan seberapa banyak putih telur yang anda mahu asalkan masih didalam lingkungan nilai protein yang diperlukan badan anda.
Jadi, jika kawan admin berat sama macam admin iaitu 70kg, makan 30 biji sehari dan dia buat macam admin hanya ambil 1 telur kuning sahaja, maka dia baru dapat 110.7g protein sedangkan berat 70kg memerlukan minimum lebih kurang 140g protein sehari. Jadi, keperluan protein harian yang diperlukan oleh berat badan dia masih tidak mencukupi. Sebabtu kita digalakkan untuk menambah protein dari sumber lain seperti ikan, daging atau ayam.
Sejam setengah admin tulis entri ni. Admin harap semua clear untuk entri "telur". Sekian.
Comments
Post a Comment