Makanan & Minuman Diet Admin



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Admin harap pembaca-pembaca semua dalam keadaan sihat. Entri kali ni admin nak cerita mengenai apa yang admin makan dari pagi sampai malam. Admin kalau pergi kerja atau kelas memang akan ada 1 beg khas untuk makanan sahaja hehe. berikut admin kongsikan apa yang admin makan:

01. Sarapan pagi
(7:00am)

- 100g Oat dimakan bersama protein powder yang dibancuh
- 1 cawan green tea tanpa gula (1/2 uncang)

02. Snek pagi
(10:00am)

- 5 biji putih telur (Separuh masak)
- 2 keping roti mil penuh (Dimakan bersama tuna/jem 0 sugar tanpa pemanis tiruan)
- Air masak

03. Makan tengahari
(01:00pm)

- 100g nasi putih
- 200g dada ayam (Marinade dan di-grill tanpa minyak)
- 100g sayur brocolli (Steam)
- Buah-buahan kecuali durian
- Air masak

04. Snek petang
(04:00pm)

- 5 biji putih telur (Separuh masak)
- 1 biji kuning telur (Separuh masak)
- 2 keping roti mil penuh (Dimakan bersama tuna/jem 0 sugar tanpa pemanis tiruan)
- 1 cawan black coffee tanpa gula

05. Makan malam
(07:00pm)

- 100g nasi putih
- 200g dada ayam (Marinade dan di-grill tanpa minyak)
- 100g sayur brocolli (Steam)
- Buah-buahan kecuali durian
- Air masak

Portion macam yang admin makan ni hanya sesuai untuk lelaki yang aktif mengangkat bebanan di GYM. Portion bagi setiap orang adalah berbeza dan menu (ayam, daging atau ikan) adalah mengikut selera serta kesesuaian masing-masing.

Semoga boleh buat rujukan. Sekian dari admin...



Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Beza Cheat Day dan Cheat Meal