Beza Cheat Day dan Cheat Meal
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa khabar pembaca-pembaca? Adakah sedang berdiet atau baru lepas makan sedap-sedap? hehe Entri kali ini admin nak bercerita tentang Cheat Day dan Cheat Meal. Cheat day lazimnya ramai orang tahu bahawa kita akan cheat 1 hari selepas berdiet 6 hari. Namun, ada 1 terma lagi iaitu ''Cheat Meal''. Apa beza cheat day dan cheat meal? mari teruskan membaca. Admin pernah terbaca 1 artikel yang mengatakan cheat day tidak digalakkan, sebaliknya fokus kepada cheat meal sahaja. Apa yang menarik dengan cheat meal adalah anda boleh cheat meal hampir setiap hari. Jadi, tak adalah sampai nak kena tunggu hujung minggu untuk makan sedap-sedap kan. Cheat day adalah 1 hari yang telah ditetapkan oleh anda dimana hari tersebut sebagai lesen kepada anda untuk makan apa sahaja. Manakala cheat meal pula adalah anda boleh makan 1 meal sahaja setiap 3 atau 4 hari sekali. Sebagai contoh, diet anda bermula pada hari isnin. Anda makan KFC untuk...
Comments
Post a Comment