Intermittent Fasting
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini admin ingin berkongsi mengenai Intermittent Fasting atau lebih dikenali sebagai IF. IF ini adalah sejenis diet dimana anda akan makan selama 8 jam dan berpuasa selama 16 jam. IF sangat bagus kerana:
01. Tiada sekatan kepada jenis makanan yang anda boleh makan. Tapi janganlah pula anda "melahap" bagai nak rak dalam tempoh masa 8jam itu. Baca balik apa yang admin pesan kat entri sebelum ni.
02. Masa sangat fleksibel dimana anda boleh tetapkan mengikut jadual harian anda. Sebagai contoh, hari jumaat anda mula makan dari 8 pagi hingga hingga 4 petang dan hari sabtu anda ada plan untuk enjoy, jadi anda boleh adjust masa makan dari jam 12 tengahari hingga 8 malam.
03. Baki 16 jam yang ada anda boleh minum air kosong, kopi O atau teh O.
Kesimpulan yang admin nak sampaikan kat sini adalah anda semua tidak perlu membazir duit dengan membeli detox, fat burner dan lain-lain lagi. Amalkan saja diet IF kerana diet ini telah terbukti mudah, tidak membazir dan berkesan.
Sekian...
Comments
Post a Comment