Hormon Testosteron Dan Kepentingannya (Episod 3) (Episod Akhir)



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Maka tibalah episod akhir bagi entri testosteron. Admin harap pembaca-pembaca jelas tentang testosteron dengan berpandukan entri sebelum ini. 

Testosteron

Berdasarkan entri admin mengenai testosteron sebelum ni, admin yakin ada dikalangan pembaca yang ingin boost testosteron mereka sama ada secara natural atau secara pengambilan supplement dengan cara suntikan mahupun pil. Tapi persoalan disini, perlukah anda ambil supplement untuk boost testosteron level anda? Anda cuba tanya semula diri anda adakah nafsu anda "padu", alat sulit boleh senang berdiri tegak, tidak cepat penat, bertenaga ketika workout dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Jika ciri-ciri ini terdapat pada anda, admin sarankan tidak perlu ambil extra testosteron. Jika anda masih sangsi, anda juga boleh check level testosteron anda di klinik dan ikut apa nasihat doktor anda. 

Tambah Testosteron Secara Natural

01. Jika kita sentuh dari segi pemakanan, anda dinasihati jangan sesekali berada terlalu lama dalam diet yang berkalori rendah yakni diet yang kurang daripada 1800kcal sehari. Untuk pengetahuan pembaca-pembaca, kajian ada menyatakan bahawa testosteron akan berkurang sebanyak 40 - 50% selepas 5 hari anda diet berkalori rendah. Selain daripada itu, anda patut perbanyakkan ambil lemak bagus yang biasanya boleh didapati daripada fish oil dan olive oil. 

02. Dari segi senaman pula, anda dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada intense long distance running dan overtraining atas sebab semua ini akan menaikkan hormon cortisol yang akan melawan testosteron anda. Anda dinasihatkan agar go for compound heavy weight training

03. Terakhir sekali adalah gaya hidup anda, tidur sekurang-kurangya 6 - 8 jam & cuba belajar untuk mengawal stress. 

Admin harap pembaca-pembaca semua clear penjelasan secara kasar admin bagi hormon testosteron. Semoga bermanfaat. Sekian..

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Beza Cheat Day dan Cheat Meal