Hormon Testosteron Dan Kepentingannya (Episod 2)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca-pembaca. Seperti yang admin janjikan, entri kali ini adalah sambungan daripada entri "Hormon Testosteron Dan Kepentingannya (Episod 1)". Tanpa berlengah, mari kita teruskan pembacaan.

Testosteron

Banyak kesan buruk yang akan berlaku jika perut anda "boroi" selain daripada boleh menyebabkan hypertension, diabetes, serangan jantung dan pelbagai penyakit lain. Apa yang akan jadi jika terdapat lemak yang berlebihan di perut adalah ia akan menghasilkan sejenis enzyme bersama aromatase yang akan menukar hormon testosteron kepada estrogen.

Estrogen

Estrogen adalah hormon utama bagi kaum wanita dimana jika anda lihat seseorang lelaki yang berperut boroi ia biasanya didatangi dengan pakej sepasang buah dada yang biasanya dipanggil "man boobs". Apabila level estrogen meninggi, masalah seperti ketidaksuburan, kurang bernafsu dan yang paling sedih boleh menyebabkan mati pucuk boleh berlaku. 

Apa yang dapat admin simpulkan untuk episod kali ini adalah jagalah kesihatan anda. Tidak perlu sampai nak terikut-ikut orang nak ada 6 packs dan sebagainya. Cukuplah sekadar anda mempunyai level hormon testosteron yang baik dengan menjaga kesihatan. Jika anda ingin tahu level testosteron anda dengan lebih detail, anda boleh check di klinik atau makmal yang berdekatan.

Sekian untuk entri kali ini. Kita bersambung di episod terakhir iaitu "Hormon Testosteron Dan Kepentingannya (Episod 3) (Episod Akhir)"


Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Beza Cheat Day dan Cheat Meal