Hormon Testosteron Dan Kepentingannya (Episod 1)



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Entri kali ni admin tujukan khas untuk lelaki tapi ia tetap boleh digunapakai sebagai rujukan kepada teman wanita/isteri yang ambil berat kepada pasangan mereka. Tapi memandangkan admin banyak komitmen hari ni, entri kali ini admin akan pecahkan kepada 3 episod.

Testosteron


Testosteron adalah sejenis hormon atau hormon jantan seorang lelaki. Level hormon ini paling tinggi adalah apabila seseorang lelaki berada pada pertengahan 20-an dan ia akan mula menurun pada lelaki yang berumur 30 tahun keatas. Apabila seseorang lelaki telah mencecah umur 40, hormon ini akan jatuh sebanyak 2% setiap tahun. Akan tetapi, ia tidak bermaksud semua orang yang berumur 25 tahun akan banyak testosteron. Ia tetap bergantung kepada badan masing-masing.


Salah satu tanda seseorang lelaki mempunyai hormon testosteron yang banyak adalah alat sulit lelaki tersebut akan menegang setiap kali bangun tidur pada waktu pagi. Anda juga boleh check sendiri sama ada hormon testosteron anda banyak atau tidak dengan cara anda tunduk kebawah ketika anda berdiri dan cuba lihat "bebola" alat sulit anda sama ada anda nampak atau tidak. Jika tidak nampak atas sebab bebola anda dilindungi oleh perut anda yang buncit, maka testosteron anda adalah kurang. 

Hormon ini adalah penting dalam proses bina badan dan terdapat pelbagai cara untuk boost hormon ini secara natural tanpa menggunakan apa-apa supplement mahupun bahan terlarang. Selain itu, terdapat pelbagai kepentingan hormon ini bagi seseorang lelaki.

Menarik bukan? Jika nak tahu lebih lanjut, sila visit entri admin yang seterusnya. Kita berjumpa di entri "Hormon Testosteron Dan Kepentingannya (Episod 2)" 

Sekian...

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Beza Cheat Day dan Cheat Meal