GYM Contest


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Baru-baru ni GYM tempat admin workout ada buat contest untuk 6 months body transformation sempena ulang tahun ke 15 pembukaan GYM. Contest ni bermula 1 Januari 2018 dan berakhir pada 30 Jun 2018. Admin pun tak lepaskan peluang untuk masuk contest ni. Tak dinafikan memang koyak jugak otak admin layan diet yang ketat dan sebagainya untuk memastikan badan betul-betul di tingkat paling maksimum semasa contest berakhir nanti. Dah la sepanjang persediaan contest selama 6 bulan tu admin akan bertembung dengan bulan puasa dan raya. Bulan puasa admin tak ada masalah sangat untuk kuatkan mental dan fizikal untuk terus istiqomah dalam berdiet. Tapi masa raya tu yang menggusarkan admin sebab makanan semua sedap-sedap. haha So apa yang terjadi masa raya tu? Jom kita teruskan pembacaan...

Masa raya tu sebenarnya... Alhamdulillah admin masih boleh control pemakanan admin walaupun banyak kali disajikan dengan makanan yang sedap-sedap. Admin masih kekal berdiet demi memastikan condition badan di tahap yang baik pada 30 Jun 2018. Berikut admin kongsikan condition badan admin sebelum dan selepas berdiet. 


01. Sebelum Diet (Badan besar dan berlemak)



02. Selepas Diet (Badan mengecil tapi lemak berkurang)


So apa keputusannya? Admin menang ke kalah untuk contest tu? sebenarnya... admin pun tak tahu lagi result-nya haha semalam (04/09/2018) admin pergi GYM. Owner GYM datang kat admin dan cakap minggu ni pihak pengurusan GYM akan announce siapa pemenang. So menang atau kalah admin akan update kat entri ni. Sama-sama kita nantikan............................

_______________________________________________________________________________________________________________________

⇩  RESULT ⇩

Alhamdulillah syukur. Berkat usaha dan kerajinan. Akhirnya admin dapat no. 1 dalam contest ni!




P/s: Next month admin boleh jimat duit sebab dapat supplement sponsor daripada GYM. 

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Beza Cheat Day dan Cheat Meal