Diet Yang Berkesan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca-pembaca. Baru-baru ni admin ada buat presentation dalam kelas mengenai kesihatan. Masa present tu, admin ada terangkan kat dalam kelas mengenai jenis-jenis diet. Maka, idea admin telah datang untuk tulis entri hari ini yang berkisar tentang diet yang berkesan.

Tanpa berlengah, mari kita teruskan pembacaan. Diet ada bermacam-macam jenis dan pelbagai cara. Antara diet-diet yang popular adalah Atkins, Zone, Keto & Ornish. Pada pendapat admin, semua diet ini berkesan. Akan tetapi jika mental dan fizikal anda kurang kuat, berkemungkinan besar diet-diet ni akan jadi dalam jangka pendek sahaja atau erti kata lain adalah anda menemui kegagalan. Untuk pengetahuan pembaca-pembaca, diet-diet seperti ini sangat mengongkong kehidupan seharian & terlalu banyak pantang larang. Bukankah perkara seperti ini mampu membuat kita gagal dalam meneruskan diet. Kalau boleh, kita janganlah berdiet sampai menyusahkan diri. Kesudahannya diet kita hanya short term sahaja.

Kalau pembaca-pembaca nak tahu admin berdiet macamana, admin sendiri tidak mengamalkan diet yang susah sebab admin takut mental dan fizikal tak dapat tahan dan akhirnya admin berdiet hanya sekadar hangat-hangat ''tahi ayam''. Apa yang admin nak beritahu kat sini adalah apa yang penting kita perhatikan apa yang kita makan. Cuba kawal kalori, elakkan makanan diproses, bergoreng, tinggi lemak dan sebagainya. Kan mudah macamtu. Bila sesuatu perkara yang kita suka dan kita selalu rasa mudah untuk dilakukkan, percayalah kita akan terus istiqomah dalam perkara itu.

Sekian untuk entri kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Beza Cheat Day dan Cheat Meal