Cara-cara berhenti merokok
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Harini admin terdetik nak kongsi pengalaman admin berhenti merokok suatu ketika dahulu. Kalau tak silap admin pada tahun 2008/2009. Suka admin beritahu disini bahawa berhenti merokok ni adalah subjektif. Lain orang lain cara. Ada yang boleh berhenti dengan mudah, ada yang susah dan ramai yang tak boleh berhenti langsung.
Sampai harini admin masih seakan tak percaya yang admin dah berhenti merokok lebih kurang 10 tahun. Masa tu admin memang betul-betul nekad dan tiada istilah "berhenti slow-slow". Ada 1 haritu admin mula merancang bila nak berhenti, cara & tindakan. Berikut admin kongsikan 2 perkara simple yang admin buat masa berhenti merokok:
01. Niat dari hati, bukan niat sekadar dibibir
Benda yang sangat penting adalah niat dari hati. Kalau tak ada benda ni. Percayalah berhenti merokok tak akan terjadi. Kalau betul-betul kita dah nekad. Kawan bagi rokok free siap tolong bakarkan pun kita memang tak akan ada rasa nak merokok.
02. Bantuan ubat berhenti merokok
Selain niat. Admin ada gunakan 1 ubat untuk berhenti merokok. Ubat ni bagi admin memang berkesan kalau kena dengan cara kita. Berikut admin kongsikan ubat yang admin guna:
Ubat ni nama dia Nicorette Gum. Tak semua farmasi ada ubat ni. Setakat ni yang admin tahu ubat ni ada dijual di Farmasi AA dan Farmasi Caring. Ubat ni sekotak admin tak pasti berapa harga. Tapi sepapan berharga lebih kurang RM 16.00 - RM 20.00.
Mudah je cara makan dia. Kita kunyah dia buat macam chewing gum setiap kali kita rasa nak merokok. Dulu admin ambil masa lebih kurang 14 hari untuk tidak ada rasa nak merokok langsung walaupun tak kunyah Nicorette. Tapi tempoh ni semua bergantung kepada ketahanan badan masing-masing.
Nicorette ni ada 4mg & 2mg nicotine. Kalau anda rasa anda seorang "heavy smoker" admin sarankan ambil yang 4mg. Kalau anda rasa anda seorang perokok yang biasa-biasa, admin sarankan ambil yang 2mg. Yang mana heavy smoker admin nasihatkan lepas rasa keinginan nak merokok tu dah kurang, boleh turunkan tahap nicotine kepada yang 2mg. Kekalkan makan Nicorette sehingga anda betul-betul dah tak ada rasa nak merokok.
P/s: Ini adalah cara admin berhenti merokok. Lain orang mungkin lain cara.
Sekian untuk entri kali ini. Harap membantu.
Comments
Post a Comment