Apa Yang Anda Patut Lakukan Jika Ingin Lebih "Shredded"
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Seperti biasa, info kesihatan tidak akan lekang dari entri admin. Kali ini admin ingin berkongsi bagaimana cara nak dapat kan bentuk badan yang shredded. Mungkin ada dikalangan pembaca tidak faham apa yang admin maksudkan. Berikut admin kongsi gambar agar lebih mudah difahami oleh pembaca-pembaca sekalian:
Tidak Shredded
Shredded
Pembaca-pembaca pasti dapat melihat perbezaan kan? Walaupun gambar pertama tetap nampak "sado", tapi sebenarnya body fat masih banyak dibadan sebab tu muscle dia tidak begitu jelas kelihatan kerana sebahagian muscle masih dilindungi oleh lemak. Manakala muscle sangat jelas kelihatan bagi gambar kedua kerana badan memiliki body fat yang rendah.
Jadi apa yang pembaca-pembaca patut lakukan untuk kelihatan lebih shredded? mari kita teruskan membaca.
Jika anda sekarang dalam proses bulking dan anda rasa sudah cukup size untuk cutting. Anda perlu lakukan terus proses cutting. Cara latihan bulking dan cutting tidaklah begitu perbeza. Apa yang berbeza adalah pemakanan. Jadi, apa yang paling penting untuk jadi lebih shredded adalah anda perlu mengawal pengambilan karbohidrat anda!
Karbohidrat yang paling anda kena kawal sudah semestinya makanan ruji rakyat Malaysia iaitu nasi. Sebenarnya nasi bukanlah punca gemuk akan tetapi memakan nasi tanpa kawalan adalah punca kegemukan. Makanan tidak bersalah langsung dalam masalah obesiti, diri kita sendiri yang bersalah kerana tiada pengawalan dalam pemakanan.
Anda boleh turun berat dengan cepat jika anda kurangkan pengambilan karbohidrat. Admin berani cakap penurunan berat badan sebanyak 2kg - 4kg dalam masa seminggu adalah tidak mustahil. Untuk pengetahuan pembaca-pembaca, berat badan akan lebih cepat menurun jika kita kawal pengambilan gula kerana gula juga adalah karbohidrat. Akan tetapi, jangan terlalu gembira jika anda mampu turunkan berat sebegini dalam masa seminggu kerana yang turun itu adalah berat air dan pembakaran lemak akan menyusul kemudian dengan syarat anda terus istiqomah dalam berdiet. Selain daripada itu, minyak dan lemak harus dijaga juga akan tetapi karbohidrat tetap menjadi keutamaan untuk shredding! Lemak juga tidak boleh diambil lebih kerana akan menyukarkan proses anda untuk shred atas sebab 1g lemak bersamaan 9kcal manakala 1g karbohidrat bersamaan dengan 4kcal sahaja.
Admin suka ingatkan disini supaya jangan kurangkan terlalu banyak karbohidrat anda kerana anda akan mengalami kesusahan untuk workout. Jadi buat tindakan bijak iaitu kurangkan dari masa ke semasa. Admin sarankan sudah memadai jika anda ambil karbo sebelum dan selepas latihan sahaja. Kedua-dua masa yang admin sarankan ni adalah penting untuk dapatkan karbohidrat berkualiti tinggi.
Admin tahu dalam membaca entri admin ni pasti ramai yang tertanya-tanya berapa karbo paling sesuai untuk diambil. Bagi yang masih belum tahu, anda cuba ambil karbohidrat bersesuaian dengan berat badan anda. Sebagai contoh, anda berat 80kg, ambil 80g-100g sehari. Jika anda nak juga makan nasi, semangkuk nasi ada kira-kira 45g-50g karbohidrat (Bergantung kepada berat dan nutrition fact beras yang anda ambil) . Pecahkan kepada dua. Jika anda tetap berasa lapar, lebihkan sayur-sayuran, kekacang, buah-buahan. Satu perkara lagi yang penting adalah ambil protein sekurang-kurangnya 2 kali ganda berat badan. Sebagai contoh jika anda berat 80kg. Ambil sekurang-kurangnya 160g protein sehari.
Admin rasa penulisan kali ni agak panjang dan sangat clear. Semoga membantu. Sekian...
Comments
Post a Comment