Adakah Anda Memerlukan Steroid Dalam Bina Badan?



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Entri kali ni admin tulis khas untuk mereka-mereka yang tiada kesabaran atau ingin menggunakan jalan singkat dalam proses bina badan. Apa yang admin lihat, penggunaan steroid seakan menjadi trend dalam dunia bina badan terutamanya bagi golongan yang baru masuk ke gym. 

Admin tidak nafikan tentang steroid memang berkesan dalam proses bina badan. Tambahan jika pengetahuan anda tinggi tentang pemakanan dan latihan, memang boleh jadi champion. Apa yang admin maksudkan dengan "champion" disini adalah jika anda masuk pertandingan dan anda juara. Itu baru boleh dedifinisikan sebagai "champion". Jika anda ada perancangan untuk menggunakan steroid atau sedang menggunakan steroid, tanya semula diri anda adakah anda bina badan sekadar kepuasan diri? atau adakah sebab lain yang lebih penting dan boleh mendatangkan faedah kepada diri anda?

Seseorang yang professional akan beritahu anda steroid bukanlah untuk kegunaan hobi rekreasi. Jika ada yang mencadangkan kepada anda untuk menggunakan steroid walhal dia sendiri mengetahui bahawa anda tiada niat untuk bertanding ke peringkat tertinggi, maka admin tekankan disini itu bukanlah suatu pengaruh yang baik buat anda. 

Steroid adalah sejenis dadah yang mampu mendatangkan pelbagai risiko kepada kesihatan anda. Ahli bina badan yang bertaraf dunia menggunakan steroid dengan pengawasan doktor. Kerjaya sebagai atlet bina badan adalah diperingkat tertinggi dan bergantung kepada kebolehan mereka untuk mencapai kejuaraan. Mereka adalah ditaja dan jika mereka tidak mampu mencapai apa yang pihak penaja inginkan, tajaan mereka akan lari dan peluang perniagaan mereka juga akan tertutup. Dengan penjelasan admin ini, adakah anda memiliki alasan yang sama dengan atlet bina badan bertaraf dunia?

Jika ada seseorang yang bertanya pendapat admin tetang steroid, admin tidak akan sesekali mencadangkan steroid melainkan dia berminat untuk keperingkat tertinggi dalam dunia bina badan. Jika anda tetap ingin menggunakan steroid, admin tidak pernah menghalang dan itu adalah hak anda. Ramai yang berpendapat bahawa steroid adalah benda yang wajib dalam indsutri ini. Untuk pengetahuan pembaca-pembaca, ramai yang telah berjaya bina badan tanpa menggunakan steroid malah ada yang dapat bentuk badan lebih cantik berbanding seseorang yang menggunakan steroid

Jika pembaca tertanya-tanya bagaimana seseorang yang tidak menggunakan steroid mampu menandingi orang yang menggunakan steroid, perkara ini terjadi adalah kerana pengguna steroid ramai dikalangan orang yang baru mula bermain gym. Golongan ini kekurangan pengalaman dan asas dalam bina badan. Jika anda nak tahu, biasanya golongan "orang lama" yang guna steroid telah berlatih bertahun-tahun tanpa menggunakan steroid dan mereka sangat kukuh dalam asas dan pengetahuan mereka. Apabila sampai suatu tahap mereka ingin capai lebih dari kemampuan natural, masa ini mereka akan menggunakan steroid. Apa yang menyedihkan, ramai daripada kita yang belum pun mencapai  keseluruhan potensi natural tetapi sudah sibuk ingin menggunakan steroid.

Admin sarankan bina badan dengan ilmu, jadilah pengguna yang bijak dan berhemah. Pilihan adalah ditangan anda. Sekian untuk entri kali ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Beza Cheat Day dan Cheat Meal