10 Jenis Makanan Yang Mampu Membuat Anda Kenyang Tanpa Menggemukkan Anda



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa yang admin lihat ramai viewer blog admin gemar membaca penulisan admin yang berkenaan dengan kesihatan. Maka harini admin ingin berkongsi lagi penulisan tentang kesihatan. Harini admin nak becerita tentang 10 jenis makanan yang mengenyangkan.

01. Ikan

Ikan-ikan seperti tuna, meckerel, salmon dan sardin mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi. Ia boleh mengurangkan kadar kolestrol dan mampu meningkatkan metabolisme badan.

02. Buah-buahan

Buah-buahan seperti delima, lemon, limau, betik dan guava kaya dengan Vitamin C dan serat. Vitamin C dapat membantu badan memproses lemak dengan lebih cepat melalui rangsangan carnitine.



03. Sayur-sayuran

Sayur terutamanya bayam, asparagus & brocolli mengandungi effect high-thermal terhadap badan anda disebalik mengandungi kalori yang rendah. Ini bermaksud sayuran hijau tidak mudah disimpan sebagai lemak. Ia juga membantu membakar lemak-lemak degil.

04. Popcorn

Haaa mesti terkejut kan. Jarang dengar tapi benar. Popcorn sebenarnya merupakan satu snek yang sihat. Akan tetapi, elakkan popcorn yang disalut butter seperti di panggung wayang.

05. Kekacang

Almond dan walnut merupakan kekacang yang mempunyai kandungan nutrisi yang baik. Ia mempunyai serat, protein, mineral dan micronutrient yang mampu melengkapkan pemakanan anda.

06. Produk Tenusu Rendah Lemak

Susu rendah lemak, keju rendah lemak dan yoghurt merupakan sumber kalsium yang sangat baik. Terdapat kajian yang mengatakan individu yang kekurang kalsium lebih cenderung untuk menyimpan lemak kerana rembesan hormon calcitrol.

07. Wholegrains

Complex carbohydrate yang rendah glycemic index (GI) akan memberikan anda bekalan tenaga untuk jangka masa lama. Contoh makanan rendah GI adalah roti wholegrain, keledek, oatmeal & pasta.

08. Sup Ayam/daging

Kedua-dua makanan ni adalah kegemaran admin sebab selain mengandungi protein yang tinggi, sup boleh jadi makanan yang sihat sekiranya kita memasak dengan menggunakan kuantiti minyak dan garam yang sederhana. Individu yang ingin kurangkan berat boleh cuba buat hidangan sup sayur seperti brocolli, cauliflower, carrot, keledek atau tomato bersama daging atau ayam yang dipotong dadu.

09. Telur

Admin pernah terbaca beberapa blog mengatakan telur tidak bagus. Ramai juga yang risau bahawa telur mampu meninggikan tahap kolestrol. Admin percaya bahawa telur tidak akan mengapa-ngapakan anda melainkan anda makan sepapan sehari dan tidak bersenam langsung. Telur amat tinggi kandungan protein, sihat dan sangat sesuai diamalkan dalam pemakanan seharian. Akan tetapi, admin suka ingat kan disini bahawa limit-kan pengambilan kuning telur kepada 1-2 biji sehari kerana ia tinggi kandungan kolestrol.

10. Kacang Kuda

Kacang kuda boleh mengenyangkan anda. Kacang kuda juga sangat sihat dan sedap dimakan. Namun, perlu di ingatkan disini untuk memakan hanya 1 genggam kacang kuda dalam satu hidangan.

Sekian untuk kali ini. Terima kasih membaca.

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Beza Cheat Day dan Cheat Meal