Perpeluhan Semasa di GYM Atau Bersukan Bukan Erti Pembakaran Kalori dan Lemak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harini banyak kerja kat office. Masuk je office pukul 8 tadi terus tidak berhenti buat kerja sampai sekarang. Sekarang jam menunjukkan pukul 12pm. Jadi, admin nak relax jap tulis blog supaya sel-sel otak kembali berhubung ;p

Harini penulisan admin berkait dengan tajuk diatas. Biasa tak pembaca-pembaca semua melihat seseorang yang sedang workout atau jogging memakai sweater tebal-tebal? yang mana rajin melakukan 2 perkara ni, admin yakin anda pernah melihatnya. Admin sendiri pernah ditegur seperti ini semasa menghidupkan kipas di GYM, "bro, kita workout kena panas-panas supaya berpeluh sebab berpeluh bagus semasa workout" Betul ke apabila kita berpeluh dengan banyak, bererti kalori/lemak terbakar dan ia merupakan salah satu simbol kesungguhan kita semasa bersenam? Jawapannya adalah tidak. Mengapa? mari kita teruskan pembacaan.

Peluh

Peluh adalah tindak balas badan yang normal untuk kita bagi mengelakkan badan daripada overheat. Untuk pengetahuan pembaca-pembaca sekalian, berapa banyak atau sedikit anda berpeluh tiada kaitan langsung dengan pembakaran lemak dan kalori. Lebih menyedihkan, kita akan terdedah kepada overheat stroke jika kita bersukan dalam keadaan panas. Tanda-tanda anda sedang mengalami overheat stroke adalah apabila anda bersukan dalam keadaan panas dan mulai berasa seperti nak demam.

Pembakaran Kalori dan Lemak

Pembakaran kalori dan lemak sebenarnya bukan diukur dengan seberapa banyak perpeluhan kita semasa bersukan. Akan tetapi, pembakaran 2 perkara ini sebenarnya adalah dipengaruhi oleh duration & intensity senaman anda. Kelajuan denyutan jantung semasa kita bersukan juga adalah satu tanda pembakaran kalori dan lemak sedang berlaku.

Admin harap pembaca-pembaca sekalian jelas dengan entri kali ini dan terus menyokong penulisan admin dimasa akan datang. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Beza Cheat Day dan Cheat Meal