ENTRI KHAS BUAT WANITA: Nak Cepat Bakar Lemak Berlebihan Wanita Perlu Buat Latihan Bebanan Atau Cardio di GYM?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca-pembaca semua. Alhamdullilah sejak sign up akaun blogger 3 hari yang lalu, harini admin telah pun berjaya menulis entri yang ke 3. Entri kali ni masih berkisar tentang kesihatan. Tapi entri kali ni agak berbeza dari entri sebelum ini, dimana admin lebih memberi tumpuan kepada wanita-wanita di luar sana yang aktif ke gym atau yang mahu mulakan gym.

Harini aktiviti admin seperti biasa dimana lepas habis kerja pukul 5:00 petang admin terus pergi ke gym dari pejabat. Namun, bukan itu yang admin ingin sampaikan. Tapi apa yang admin ingin sampaikan adalah setibanya admin di gym, seperti biasa admin dapat lihat ramai perempuan sedang cardio di treadmill machine berbanding yang melakukan latihan bebanan. Oleh sebab itu, admin telah terdetik untuk menulis entri hari ini.

Latihan Bebanan (Weight Lifting)

Kita terus ke tajuk diatas dengan dimulakan dengan persoalan yang bermain difikiran pembaca iaitu apakah latihan bebanan? Latihan bebanan adalah latihan yang pembaca-pembaca semua biasa tengok lelaki angkat dumbbell, barbell dan sebagainya. Mungkin ada dikalangan kita yang pernah lihat perempuan melakukan latihan bebanan. Akan tetapi, situasi ini adalah jarang sekali berlaku. Sebenarnya, latihan ini bukan sahaja sesuai untuk lelaki malah sesuai untuk wanita. Admin pernah terbaca satu statement yang menyatakan perempuan tidak perlu angkat bebanan di gym kerana mengangkat bebanan hanya sesuai untuk lelaki dan boleh menyebabkan badan perempuan akan membesar seperti lelaki. Untuk pengetahuan pembaca-pembaca sekalian, teori ini adalah salah. Kenapa salah? mari kita teruskan pembacaan. Admin akan jadikan entri ini jadi lebih menarik untuk para pembaca.

Hormon

Seseorang perempuan boleh melakukan latihan seperti lelaki selagi kudratnya ada untuk menyempurnakan latihan yang dibuat. Anda sebagai wanita tidak perlu risau badan anda akan jadi seperti lelaki kerana hormon lelaki dan perempuan adalah tidak sama. Jika seseorang lelaki melakukan latihan bebanan, otot mereka akan lebih cepat membesar atau berketul kerana disebabkan oleh HORMON TESTOSTERON. Lelaki normal mempunyai HORMON TESTOSTERON yang tinggi iaitu sekitar 280 - 1,100 nanogram per deciliter (ng/dL).

Berbeza pula dengan wanita. Jika seseorang wanita melakukan latihan bebanan, badan mereka tidak akan sama sekali jadi seperti badan lelaki kerana kandungan HORMON TESTOSTERON wanita adalah sedikit. Kandungan HORMON TESTOSTERON wanita normal adalah sekitar 15 - 70 nanogram per deciliter (ng/dL). Untuk makluman pembaca-pembaca sekalian, hormon wanita dan lelaki jauh sekali berbeza kerana hormon wanita adalah HORMON ESTROGEN. Namun, tidak dinafikan badan seseorang wanita boleh jadi seperti lelaki, tetapi ia hanya akan terjadi jika mereka menggunakan bahan terlarang (STEROID) yang berfungsi untuk peningkatan hormon.

Pembakaran lemak berlebihan

Perkara paling menarik untuk wanita dalam entri kali ini adalah dengan melakukan latihan bebanan, mereka akan dapat MEMBAKAR LEMAK BERLEBIHAN dengan cepat dan mampu memberi  'tone' yang menarik pada potongan badan. Oleh yang demikian, jika anda seorang wanita yang ingin cepat turunkan berat dan inginkan potongan badan yang menarik, anda patut tumpukan latihan bebanan berbanding cardio. Jika anda mahu juga melakukan cardio di gym, tiada masalah. Tetapi admin sarankan cardio dilakukan selepas latihan bebanan kerana tenaga yang ada patut digunakan pada awal latihan untuk memastikan tenaga yang ada betul-betul ditumpukan semasa latihan bebanan.

Video dibawah adalah Contoh Latihan Bebanan. Sekian untuk entri kali ini. 



                                                    
     






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Beza Cheat Day dan Cheat Meal