Posts

Showing posts from August, 2018

Perbezaan Mass & Whey Protein

Image
Jam menunjukkan pukul 1:30pm. Biasa waktu-waktu macamni admin akan short nap. Tapi harini admin rasa tak nak short nap. Admin nak terus menulis blog. Tanpa berlengah, mari kita sama-sama teruskan pembacaan yang berkait dengan tajuk diatas. Sebenarnya, admin dapati masih ramai lagi yang keliru tentang penggunaan Mass & Whey Protein. Tidak kurang juga yang telah sedia maklum, tetapi terkejut bila admin cakap kedua-duanya boleh digunakan untuk proses bulking & cutting . Mass Protein Mass protein merupakan  supplement yang mempunyai nilai kalori yang tinggi. Protein ini telah dipromosikan untuk menaikkan berat badan. Ia bertujuan untuk membantu mereka yang susah menaikkan berat badan. Jadi, kalori tinggi yang terdapat dalam mass protein akan membantu dalam menaikkan berat badan. Whey Protein Whey protein merupakan supplement yang mempunyai nilai kalori yang lebih rendah akan tetapi mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi. Perbezaan kandungan karbo...

Perpeluhan Semasa di GYM Atau Bersukan Bukan Erti Pembakaran Kalori dan Lemak

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harini banyak kerja kat office . Masuk je office pukul 8 tadi terus tidak berhenti buat kerja sampai sekarang. Sekarang jam menunjukkan pukul 12pm. Jadi, admin nak relax jap tulis blog supaya sel-sel otak kembali berhubung ;p Harini penulisan admin berkait dengan tajuk diatas. Biasa tak pembaca-pembaca semua melihat seseorang yang sedang workout atau jogging memakai sweater tebal-tebal? yang mana rajin melakukan 2 perkara ni, admin yakin anda pernah melihatnya. Admin sendiri pernah ditegur seperti ini semasa menghidupkan kipas di GYM, " bro , kita workout kena panas-panas supaya berpeluh sebab berpeluh bagus semasa workout " Betul ke apabila kita berpeluh dengan banyak, bererti kalori/lemak terbakar dan ia merupakan salah satu simbol kesungguhan kita semasa bersenam? Jawapannya adalah tidak. Mengapa? mari kita teruskan pembacaan. Peluh Peluh adalah tindak balas badan yang normal untuk kita bagi mengelakkan badan dar...

15.08.1511: Kisah Tersirat Disebalik Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka Kepada Portugis

Image
TARIKH 15 Ogos 1511 ialah hari kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka genap 507 tahun lalu.  Assalamuailakum dan Salam Sejahtera semua, bulan ni bulan Ogos. Bulan Ogos kita semua telah sedia maklum bahawa Ogos adalah bulan kemerdekaan yang berkait rapat dengan kepahlawanan, kedaulatan, pengorbanan, wira, mempertahankan negara dan sebagainya. Kebetulan, kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka juga adalah berlaku pada bulan Ogos. Oleh yang demikian, admin ingin berkongsi cerita tentang bagaimana Melaka mempertahankan empayarnya secara habis-habisan sebelum menyerah kalah pada 15 Ogos 1511.  Artikel berikut dipetik daripada portal  The Patriots  pada tahun 2015 bercerita mengenai kisah tersirat kejatuhan sebuah kerajaan Islam terulung Nusantara. Benarkah Melaka kalah kepada Portugis atau disebut pada ketika itu sebagai orang Benggali Putih, kerana tiada senjata api walhal faktanya tentu ramai tidak akan percaya dan titis air mata bangga! Ayuh baca seja...

#TakeMeBackTuesday: FREELANCE MUSICIAN

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Harini ada masa sikit nak tulis blog. Sebelum ni penulisan admin banyak berkisar pasal kesihatan. Tapi harini,  admin  tak nak tulis pasal tu. Nak tulis pasal hobi pulak supaya pembaca-pembaca tak cepat bosan dengan blog  admin . ceywahhh haha. Ok kita start... Harini hari Selasa. Esok raya. So... macam biasa lah esok nak raya mesti ada sifat bermalas-malasan sikit kat office . Kerja pun tak banyak harini sebab orang dah start bercuti dan tinggal  admin  sorang je kat office . Masa yang terluang ni  admin  dok scroll 2 gambar-gambar dalam external   hard disk dan Tiba-tiba  admin  terjumpa gambar 2016. Jadi...  admin  rasa nak throwback sikit hihi Ni gambar tu:  Mesti korang tertanya-tanya apa maksud gambar yang  admin   share ni. Gambar ni adalah gambar  admin  dalam majalah. Nama majalah ni DJ Mag. Meh  admin  cerita sikit pasal DJ ...

ENTRI KHAS BUAT WANITA: Nak Cepat Bakar Lemak Berlebihan Wanita Perlu Buat Latihan Bebanan Atau Cardio di GYM?

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca-pembaca semua. Alhamdullilah sejak sign up akaun blogger 3 hari yang lalu, harini admin telah pun berjaya menulis entri yang ke 3. Entri kali ni masih berkisar tentang kesihatan. Tapi entri kali ni agak berbeza dari entri sebelum ini, dimana admin lebih memberi tumpuan kepada wanita-wanita di luar sana yang aktif ke gym atau yang mahu mulakan gym. Harini aktiviti admin seperti biasa dimana lepas habis kerja pukul 5:00 petang admin terus pergi ke gym dari pejabat. Namun, bukan itu yang admin ingin sampaikan. Tapi apa yang admin ingin sampaikan adalah setibanya admin di gym, seperti biasa admin dapat lihat ramai perempuan sedang cardio di treadmill machine berbanding yang melakukan latihan bebanan. Oleh sebab itu, admin telah terdetik untuk menulis entri hari ini. Latihan Bebanan ( Weight Lifting ) Kita terus ke tajuk diatas dengan dimulakan dengan persoalan yang bermain difikiran pembaca iaitu...

Sejauh mana kebenaran ''makan malam itu menggemukkan''?

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Seronok juga tulis blog. Tiba-tiba rasa macam nak tulis lagi. hehe.  Pembaca-pembaca yang dihormati sekalian, entri kedua  admin  ni adalah berkait rapat dengan persoalan tajuk diatas. A dmin  dapati terlalu ramai dikalangan kita mengelak untuk makan malam bukan atas sebab saintifik, tapi atas sebab ''ramai orang cakap makan pada waktu malam itu menggemukkan''. Berbaloikah jika kita tahan lapar pada waktu malam semata-mata atas sebab kita percaya dengan apa yang orang cakap. Malah ada juga yang kata makan pada waktu malam itu akan menyebabkan 50% ia disimpan sebagai lemak. Ya..  admin  tidak dinafikan memang ia akan disimpan sebagai lemak. Namun ia terjadi jika nilai kalori harian yang kita ambil terlalu berlebihan daripada keperluan kalori harian badan kita. Untuk penjelasan yang lebih terperinci, mari kita sama-sama merungkai persoalan tersebut. Suka  admin  jelaskan disini bahawa makan pada wak...

Minuman berais bagus atau tidak untuk kesihatan?

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ini adalah entri pertama  admin . A dmin  harap semua enjoy dengan penulisan  admin . Untuk entri yang pertama ini,  admin  akan bercerita tentang minuman berais. Ok. mari kita teruskan pembacaan. Pembaca-pembaca yang dihormati sekalian,  admin  yakin setiap daripada kita pernah dengar atau mengamalkan sendiri dalam mengelakkan minuman berais atas sebab kita pernah dengar minuman berais tidak bagus untuk kesihatan. Ada yang cakap minum ais menggemukkan, membuncitkan, menyebabkan pembekuan lemak diperut dan sebagainya. Sejauh manakah kebenaran statement tersebut? atau macamana kalau  admin  sendiri kata minuman berais tidak bagus untuk kesihatan hanyalah mitos semata-mata? Ok macamni, ais dibuat daripada air yang mana air bersifat 0 kalori. Jadi macamana boleh jadi buncit/gemukkan? Ye mmg kita akan buncit selepas meminum air yang banyak. Tapi tu buncit air je dimana air ini akan dikumuhkan mel...