Sejauh mana kebenaran ''makan malam itu menggemukkan''?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Seronok juga tulis blog. Tiba-tiba rasa macam nak tulis lagi. hehe. 

Pembaca-pembaca yang dihormati sekalian, entri kedua admin ni adalah berkait rapat dengan persoalan tajuk diatas. Admin dapati terlalu ramai dikalangan kita mengelak untuk makan malam bukan atas sebab saintifik, tapi atas sebab ''ramai orang cakap makan pada waktu malam itu menggemukkan''. Berbaloikah jika kita tahan lapar pada waktu malam semata-mata atas sebab kita percaya dengan apa yang orang cakap. Malah ada juga yang kata makan pada waktu malam itu akan menyebabkan 50% ia disimpan sebagai lemak. Ya.. admin tidak dinafikan memang ia akan disimpan sebagai lemak. Namun ia terjadi jika nilai kalori harian yang kita ambil terlalu berlebihan daripada keperluan kalori harian badan kita. Untuk penjelasan yang lebih terperinci, mari kita sama-sama merungkai persoalan tersebut.

Suka admin jelaskan disini bahawa makan pada waktu malam itu menggemukkan hanyalah mitos semata-mata ya pembaca-pembaca sekalian! Mengapa admin cakap semua ini adalah mitos? Berikut adalah penjelasan admin dari segi saintifik. 

Lemak tersimpan didalam badan adalah berdasarkan kalori seharian yang kita makan dan ia juga bergantung kepada ativiti fizikal kita. Ia tidak ada kena mengena langsung dengan pengambilan makanan pada waktu malam. Melainkan jika nilai kalori harian yang kita ambil terlalu berlebihan daripada keperluan badan. Kalau semua nak tahu, semasa kita tidur badan akan hasilkan gula yang banyak melalui pankreas. Oleh itu, kita makan atau tidak pada waktu malam gula dalam badan akan tetap ada. Kalau ada diantara kita ada masalah metabolik, percayalah gula dalam badan akan lebih meningkat tinggi. 

Untuk makluman pembaca-pembaca sekalian, kebanyakan pesakit kencing manis tidak akan makan pada waktu malam. Kebanyakan daripada mereka makan paling lewat pada jam 6 petang. Tapi keesokan harinya kandungan gula tetap tinggi dalam darah. Kenapa jadi begitu? Jawapannya mudah, ia terjadi atas sebab tiada pengawalan dalam pengambilan kalori harian atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami adalah pengambilan kalori harian terlalu melebihi daripada keperluan badan. Jika kita lihat kepada golongan pesakit kencing manis yang mengawal pengambilan kalori harian, kandungan gula dalam darah tetap rendah pada keesokan harinya walaupun dikalangan mereka ini mengambil makanan pada jam 11:59 malam. 

Kesimpulannya. Pengambilan makanan pada waktu malam tidak akan mempengaruhi kegemukan sekiranya kita kawal pengambilan kalori harian kita. Admin yakin ramai diantara kita tidak tahu berapa nilai kalori harian yang diperlukan badan. Untuk pengetahuan semua, keperluan kalori harian setiap orang adalah berbeza. Ia bergantung pada faktor jantina, umur, ketinggian, berat badan dan aktiviti fizikal kita. Pembaca-pembaca mesti ingin tahu nilai keperluan kalori harian yang diperlukan badan masing-masing kan? Jangan risau, admin akan kongsi untuk kebaikan bersama. Berikut adalah pautan untuk kita monitor keperluan kalori harian yang diperlukan oleh badan. Oh ya. Semasa membuat perkiraan, sila pilih ''Harris Benedict BMR Equation''. Selamat mencuba!  


Sekian... 




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perbezaan Mass & Whey Protein

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Beza Cheat Day dan Cheat Meal