Posts

Jangan Beli Supplement Untuk Tambah Ketinggian!

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah entri kali ini adalah entri ke 28 admin. Admin harap setiap apa yang admin kongsikan mampu mendatangkan manfaat kepada setiap pembaca.  Ubat Tinggi  Admin rasa, pasti ada dikalangan pembaca yang pernah terbaca tentang promosi, ada niat untuk membeli atau sedang menggunakan supplement ubat tinggi yang kononnya boleh menambahkan ketinggian seseorang. Sangat menyedihkan apabila admin terpaksa cakap bahawa dari segi saintifik badan kita akan berhenti meninggi apabila kita mencapai umur 14 - 15 tahun bagi prempuan (Jika akil baligh datang cepat, makin cepat pertumbuhan terhenti) & 16 - 17 tahun pula bagi lelaki sebab pada range umur ini growth plate pada tulang akan meletup.  Kita tidak akan meninggi dengan cara apa sekalipun. Biar pendek asalkan kita sihat ya pembaca-pembaca. Sekian untuk entri kali ini. 

Intermittent Fasting

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini admin ingin berkongsi mengenai  Intermittent Fasting atau lebih dikenali sebagai IF. IF ini adalah sejenis diet dimana anda akan makan selama 8 jam dan berpuasa selama 16 jam. IF sangat bagus kerana: 01. Tiada sekatan kepada jenis makanan yang anda boleh makan. Tapi janganlah pula anda "melahap" bagai nak rak dalam tempoh masa 8jam itu. Baca balik apa yang admin pesan kat entri sebelum ni.  02. Masa sangat fleksibel dimana anda boleh tetapkan mengikut jadual harian anda. Sebagai contoh, hari jumaat anda mula makan dari 8 pagi hingga hingga 4 petang dan hari sabtu anda ada plan untuk enjoy, jadi anda boleh adjust masa makan dari jam 12 tengahari hingga 8 malam.  03. Baki 16 jam yang ada anda boleh minum air kosong, kopi O atau teh O.  Kesimpulan yang admin nak sampaikan kat sini adalah anda semua tidak perlu membazir duit dengan membeli detox, fat burner dan lain-lain lagi. Amalkan saja diet IF keran

Coke Zero & Pepsi Zero Sugar Bagus Atau Tidak?

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Admin harap pembaca-pembaca masih menyokong penulisan admin. Entri kali ini admin akan tulis secara ringkas tetapi padat. Tanpa berlengah, mari kita teruskan pembacaan. Untuk pengetahuan pembaca-pembaca. Admin sendiri gemar Coke Zero & Pepsi Zero tapi admin tetap hadkan penggunaannya keatas diri sendiri walaupun ia Zero Sugar . Admin hanya minum jika admin teringin nak minum manis-manis. Maklumlah dalam berdiet kena kurangkan gula. Sudah semestinya sampai suatu masa keinginan untuk minum-minuman manis tu akan sampai juga.  Berbalik kepada tajuk entri diatas, admin menghadkan penggunaan Coke Zero & Pepsi Zero adalah atas sebab ia tetap tidak bagus untuk kesihatan. Perkara ini disokong oleh sebuah kajian yang menunjukkan penggunaan pemanis tiruan mampu meningkatkan risiko kencing manis berbanding gula.  Ya.. Jika kita baca nutrition fact yang ada pada kedua-dua jenis minuman ini memang menunjukkan zero calorie . Penjelasann

Hormon Testosteron Dan Kepentingannya (Episod 3) (Episod Akhir)

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Maka tibalah episod akhir bagi entri testosteron. Admin harap pembaca-pembaca jelas tentang testosteron dengan berpandukan entri sebelum ini.  Testosteron Berdasarkan entri admin mengenai testosteron sebelum ni, admin yakin ada dikalangan pembaca yang ingin boost testosteron mereka sama ada secara natural atau secara pengambilan supplement dengan cara suntikan mahupun pil. Tapi persoalan disini, perlukah anda ambil supplement untuk boost testosteron level anda? Anda cuba tanya semula diri anda adakah nafsu anda "padu", alat sulit boleh senang berdiri tegak, tidak cepat penat, bertenaga ketika workout dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Jika ciri-ciri ini terdapat pada anda, admin sarankan tidak perlu ambil extra testosteron . Jika anda masih sangsi, anda juga boleh check level testosteron anda di klinik dan ikut apa nasihat doktor anda.  Tambah Testosteron Secara Natural 01. Jika kita sentuh dari segi

Hormon Testosteron Dan Kepentingannya (Episod 2)

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca-pembaca. Seperti yang admin janjikan, entri kali ini adalah sambungan daripada entri "Hormon Testosteron Dan Kepentingannya (Episod 1)". Tanpa berlengah, mari kita teruskan pembacaan. Testosteron Banyak kesan buruk yang akan berlaku jika perut anda "boroi" selain daripada boleh menyebabkan hypertension , diabetes, serangan jantung dan pelbagai penyakit lain. Apa yang akan jadi jika terdapat lemak yang berlebihan di perut adalah ia akan menghasilkan sejenis enzyme bersama aromatase yang akan menukar hormon testosteron kepada estrogen. Estrogen Estrogen adalah hormon utama bagi kaum wanita dimana jika anda lihat seseorang lelaki yang berperut boroi ia biasanya didatangi dengan pakej sepasang buah dada yang biasanya dipanggil "man boobs". Apabila level estrogen meninggi, masalah seperti ketidaksuburan, kurang bernafsu dan yang paling sedih boleh menyebabkan mati pucuk boleh berlaku.  Apa

Hormon Testosteron Dan Kepentingannya (Episod 1)

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Entri kali ni admin tujukan khas untuk lelaki tapi ia tetap boleh digunapakai sebagai rujukan kepada teman wanita/isteri yang ambil berat kepada pasangan mereka. Tapi memandangkan admin banyak komitmen hari ni, entri kali ini admin akan pecahkan kepada 3 episod. Testosteron Testosteron adalah sejenis hormon atau hormon jantan seorang lelaki. Level hormon ini paling tinggi adalah apabila seseorang lelaki berada pada pertengahan 20-an dan ia akan mula menurun pada lelaki yang berumur 30 tahun keatas. Apabila seseorang lelaki telah mencecah umur 40, hormon ini akan jatuh sebanyak 2% setiap tahun. Akan tetapi, ia tidak bermaksud semua orang yang berumur 25 tahun akan banyak testosteron. Ia tetap bergantung kepada badan masing-masing. Salah satu tanda seseorang lelaki mempunyai hormon testosteron yang banyak adalah alat sulit lelaki tersebut akan menegang setiap kali bangun tidur pada waktu pagi. Anda juga boleh check sendiri sama a

Beza Cheat Day dan Cheat Meal

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa khabar pembaca-pembaca? Adakah sedang berdiet atau baru lepas makan sedap-sedap? hehe Entri kali ini admin nak bercerita tentang Cheat Day dan Cheat Meal. Cheat day lazimnya ramai orang tahu bahawa kita akan cheat 1 hari selepas berdiet 6 hari. Namun, ada 1 terma lagi iaitu ''Cheat Meal''. Apa beza cheat day dan cheat meal? mari teruskan membaca.  Admin pernah terbaca 1 artikel yang mengatakan cheat day tidak digalakkan, sebaliknya fokus kepada cheat meal sahaja. Apa yang menarik dengan cheat meal adalah anda boleh cheat meal hampir setiap hari. Jadi, tak adalah sampai nak kena tunggu hujung minggu untuk makan sedap-sedap kan.  Cheat day adalah 1 hari yang telah ditetapkan oleh anda dimana hari tersebut sebagai lesen kepada anda untuk makan apa sahaja. Manakala cheat meal pula adalah anda boleh makan 1 meal sahaja setiap 3 atau 4 hari sekali. Sebagai contoh, diet anda bermula pada hari isnin. Anda makan KFC untuk